Tuesday 3 April 2012

THE UNNAMED FEELINGS




APAKAH ITU CINTA? APAKAH ITU SAYANG? APAKAH ITU SUKA?


Cinta. Apakah yang kita faham tentang cinta itu sendiri? Apakah cinta itu sebenarnya? Bagaimanakah perasaan cinta itu sebenarnya?

Sayang. Apakah yang kita faham tentang perasaan sayang? Sayang itu apa? Macam mana kita nak tahu yang kita sayang akan seseorang itu sendiri?

Perasaan SUKA, CINTA dan SAYANG. Kita boleh kata ‘’aku sukakan kau’’. Kita juga boleh kata ‘’ saya cinta awak ketat-ketat’’ dan kita juga boleh kata ‘’ saya sayang sangat kat awak’’. Majoriti kebanyakkan pasangan kekasih sekarang sering mengungkapkan perasaan tersebut. Tapi persoalannya, BERAPA RAMAIKAH ORANG YANG BETUL-BETUL MEMAKSUDKANNYA?

Memang tak dapat nak nafikan tentang perasaan tersebut, tetapi jika kita betul-betul suka akan seseorang tersebut, MENGAPA KITA TIDAK JUMPA IBUBAPANYA? Kita berani bawa keluar anak dara orang keluar bersuka ria, tapi MENGAPA KITA TIDAK BERANI UNTUK BERTENTANG MATA DENGAN ORANG TUA GADIS TERSEBUT? Bila ditanya, kebanyakan orang akan berkata, ‘’alah..tak sedia lagi la’’,’’emm..tak cukup duit nak kahwin’’, ‘’alah..seganlah’’ dan banyak lagi alasan yang bodoh kedengaran.

Maaf jika penulisan saya kali ini ada yang mengguriskan hati saudara dan saudari yang membaca. Tapi jika saudara atau saudari fikir secara logik akal. Saudara dan saudari pasti akan sedar yang hubungan yang tiada masa depan ini hanyalah satu mimpi indah ataupun satu ilusi semata-mata. Mengapa saya kata hubungan yang tiada masa depan? Sebab hubungan yang tiada masa depan ini hanya merugikan sahaja.

Hubungan yang tiada masa depan ini juga hanya melalaikan kita sahaja. Masa kita sedang hangat bercinta dengan Si Dia, kita sanggup beri apa sahaja. Duit, baju, minyak wangi dan sebagainya. Tak lama selepas itu, putus di tengah jalan. Walhal, sudah banyak perbelanjaan yang kita sudah keluarkan ke atasnya tapi apakan daya. Bukankah kerugian namanya? Sedangkan duit tersebut kita boleh guna untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Bagi saya, kaum lelaki hebat dalam berkata-kata manis tapi tak ramai yang betul-betul memaksudkannya. Manakala, kaum hawa pula telah menunujukkan kelemahannya iaitu dengan mudah percaya akan kata-kata sang arjuna. Kaum hawa sekalian ingatlah JANGAN MUDAH SESEKALI PERCAYA AKAN KATA-KATA SANG ARJUNA! JANGAN SESEKALI KITA TUNJUKKAN KELEMAHAN KITA! TUNJUKKAN LAH KEPERIBADIAN KITA YANG UNGGUL DAN KUAT DI MATA KAUM ADAM BUKAN KELEMAHAN.

Tak salah jika kita mahu bercinta sekalipun tapi beringat-ingatlah akan hak dan batas-batas pergaulan. Sememangnya jika kita mencintai akan seseorang itu dinamakan fitrah. Dan ingatlah juga, BERCOUPLE DAN BERTUNANG bukanlah tiket untuk kita bersentuh-sentuhan mahupun berpegang-pegangan.

Jangan lah kita bersedih andai masih belum waktunya. Jodoh dan rezeki kita semua sudah ditentukan oleh-Nya sejak kita masih dalam placenta lagi. InsyaAllah, andai kita adalah tulang rusuknya yang hilang buat sekian lama.. pasti akan bersatu juga dengan izin Allah SWT. Jangan sampai kita kehilangan permata dalam diri kita kerana permata tersebut amat bernilai harganya.

p/s : kadang2 pendam adalah jalan yang terbaik walaupun ia sangat menyeksakan :)