Jika kita sudah sukakan akan seseorang itu di namakan FITRAH . Jika kita mula jatuh hati akan seseorang itu di namakan FITRAH.
Tapi
sanggupkah aku tahan akan perasaan ini andai hati sudah terpikat? Dapatkah aku
menafikan akan perasaan ini? Mungkin pada kebanyakkan orang, perasaan ini sangat indah tapi bagi saya perasaan ini sungguh PELIK bin MISTERI. Perasaan ini membuatkan kita menjadi TIDAK KERUAN kerana seseorang. Perasaan ini membuatkan hati kita sering BERDEBAR-DEBAR bila terfikirkannya. Perasaan ini membuatkan kita dilanda 'taufan' ANGAU.
Kehadirannya datang tanpa di undang. Kehadirannya juga datang tanpa kita sedari.Perasaan ini sungguh misteri. Tiada ribut. Tiada petir. Tiada puting beliung. Tup tup, perasaan ini akhirnya mendarat jua di hati ini.
Hati yang boleh diumpamakan seperti BATU. Hati yang sukar untuk DITEMBUSI oleh mana-mana sang arjuna. Tetapi, perasaan ini akhirnya berjaya mendarat di hatiku tanpa memberi AMARAN terlebih dahulu.
Perwatakkannya membuat hati mulai tersentuh.
Sungguh misteri akan perasaan ini. Apakah aku dapat menafikan perasaan ini?
Sanggupkah ku tahan akan perasaan ini bersendirian? Mampukah aku bertahan akan
perasaan ini? Rintihku seorang diri. Seumur hidupku, ku tak
pernah mempunyai perasaan sebegini.
Seumur hidupku, ku tak pernah ANGAU akan seseorang .
Kehadirannya sering ku nantikan. Tindakannya sering ku
perhatikan. Alahai ~~ sejak bilakah aku menjadi stalker ni? Sejak bilakah perasaan ku terhadapnya mulai
timbul? Sungguh perwatakkannya sering membuat ku ‘TIDAK DUDUK DIAM’. Ada sahaja
tindakkannya yang menarik perhatian ku. Adakah ini yang dinamakan jatuh cinta atau suka akan seseorang itu?
Hanya ALLAH SWT sahaja yang mampu menjawabnya. WALLAHUALAM~~
Dia tidak seperti arjuna-arjuna yang ku kenali kebiasaannya.
Arjuna-arjuna yang biasanya ku kenal sering mengambil peluang. Asal rapat jer mulai
minta no. tel . tapi.. Si Dia yang berjaya mencuri hatiku tidak seperti itu.
Dia umpama sebutir BINTANG yang jatuh ke riba ku. Bintang yang sangat BERSINAR bagi ku. Jika di suruh aku membuat perbandingan yang manakah bintang yang
paling bersinar? Sudah tentu aku menjawab Si Dia. Si Dia yang telah
menghiasi langit malam. Kehadirannya di
langit malam membuatkan malam ku semakin bersinar.
Perwatakkanya yang suka mengambil berat akan orang yg berada
di sekelilingnya telah MENCAIRKAN lagi hati ini. Ditambah pula dengan
kepetahannya bercakap seperti seorang pemimpin dan kecerdasannya telah MENAKLUKI hati ini lagi. Mindanya penuh dengan info tentang isu-isu semasa,
perihal duniawi serta tidak lupa juga hal ukhrawi . Sungguh keperibadiannya
sangat ku kagumi. Namun demikan,
keperibadiannya TIDAK dapat menandingi
keperibadian RASULULLAH SAW.
Mungkinkah hanya di mata ku sahaja, Dia bersikap seperti
itu? Bagaimana pula sikapnya di luar? Jujur ku katakan.. aku tidak pernah
bertentang mata dengannya. Hanya berhubung melalui laman sosial sahaja. Mungkin
pada pemikiran anda, berhubung yang saya maksudkan adalah sering ber’chatting’
dengannya. ~~hahaha~~ ternyata meleset sekali tanggapan anda semua.. kami hanya
berhubung memalui satu forum ini di laman sosial. Disitu kami bergerak aktif
sebagai ahli former, disitulah segala-galanya bermula. Perbualan kami bukan
hanya sembang kosong malah berbualan kami penuh dengan isu-isu semasa. Dari
situlah mula terbitnya rasa ingin LEBIH DEKAT dengannya.
Namun setelah difikirkan dengan teliti, mulai timbul 1001
satu persoalan tentangnya. Adakah aku sahaja yang berperasaan sedemikian?
Bagaimana dengannya pula? Mengapa dalam banyak-banyak lelaki yang ku
kenal..hanya dia sahaja yang menarik perhatianku? Adakah dia jodoh ku? Apakah
perasaan ini? Adakah ini semua hanya mimpi? Apakah tanggapannya terhadap aku?
Mengapakah perlu timbul perasaan ini? Dan banyak lagi persoalan-persoalan lagi
yang timbul , namun persoalan-persoalan tersebut berakhir TANPA ada kehadiran
satu jawapan sekalipun.
Namun aku MENAHAN perasaan ini daripada singgah sebentar pada
Si Dia. Kenapa aku perlu menahan perasaan ini? Sebabnya adalah, aku hanya ingin IMAMKU sahaja yang merasai perasaan ini. Hanya untuk IMAMKU sahaja yang
dapat merasai cintaku. Bukan orang lain tapi IMAMKU. Kerana IMAMKU adalah DUNIA dan AKHIRATku . Kerana IMAMKU adalah yang
paling BERHAK ke atas perasaan ini. Bukan orang lain. CUMA IMAMKU SAHAJA!!!
Andai di adalah IMAMKU, akan ku panjatkan lagi doaku kepada
ALLAH SWT.
Hanya ini doaku ~~
‘’Ya ALLAH, jika benar
Dia adalah pemilik tulang rusuk ku maka Engkau percepatkanlah hubungan kami ini
Ya ALLAH. Sesunguhnya aku sudah tidak sanggup untuk menanggung perasaan ini
lagi. Aku mahukan hubungan yang BERSIH. Hubungan yang Engkau REDHAI. Hubungan yang
HALAL. Dan hubungan yang KEKAL ABADI dan mempunyai MASA DEPAN. Tidak seperti
ini. Perasaan ini sangat menyeksakan ku Ya ALLAH. Andai dia bukan IMAMKU maka
Engkau hapuskanlah perasaan ini. Engkau buangkanlah perasaan ini jauh-jauh.
Engkau bantulah ku dalam menagani perasaan ini. Perasaan cintaku hanya untuk
SUAMIKU bukan untuk orang lain. “