Thursday 16 February 2012

CINTA MEMANG PELIK TAPI INDAH~~





Jika kita sudah sukakan akan seseorang itu di namakan FITRAH . Jika kita mula jatuh hati akan seseorang itu di namakan FITRAH. 

Tapi sanggupkah aku tahan akan perasaan ini andai hati sudah terpikat? Dapatkah aku menafikan akan perasaan ini? Mungkin pada kebanyakkan orang, perasaan ini sangat indah tapi bagi saya perasaan ini sungguh PELIK bin MISTERI. Perasaan ini membuatkan kita menjadi TIDAK KERUAN kerana seseorang. Perasaan ini membuatkan hati kita sering BERDEBAR-DEBAR bila terfikirkannya. Perasaan ini membuatkan kita dilanda 'taufan' ANGAU.


Kehadirannya datang tanpa di undang. Kehadirannya  juga datang tanpa kita sedari.Perasaan ini sungguh misteri. Tiada ribut. Tiada petir. Tiada puting beliung. Tup tup, perasaan ini akhirnya mendarat jua di hati ini. 
Hati yang boleh diumpamakan seperti BATU. Hati yang sukar untuk DITEMBUSI oleh mana-mana sang arjuna. Tetapi, perasaan ini akhirnya berjaya mendarat di hatiku tanpa memberi AMARAN terlebih dahulu. 

Perwatakkannya membuat hati mulai tersentuh. Sungguh misteri akan perasaan ini. Apakah aku dapat menafikan perasaan ini? Sanggupkah ku tahan akan perasaan ini bersendirian? Mampukah aku bertahan akan perasaan  ini? Rintihku seorang diri. Seumur hidupku, ku tak pernah mempunyai perasaan sebegini.  Seumur hidupku, ku tak pernah ANGAU akan seseorang .

Kehadirannya sering ku nantikan. Tindakannya sering ku perhatikan. Alahai ~~ sejak bilakah aku menjadi stalker ni?  Sejak bilakah perasaan ku terhadapnya mulai timbul? Sungguh perwatakkannya sering membuat ku ‘TIDAK DUDUK DIAM’. Ada sahaja tindakkannya yang menarik perhatian ku. Adakah ini yang dinamakan  jatuh cinta atau suka akan seseorang itu? Hanya ALLAH SWT sahaja yang mampu menjawabnya.  WALLAHUALAM~~


Dia tidak seperti arjuna-arjuna yang ku kenali kebiasaannya. Arjuna-arjuna yang biasanya ku kenal sering mengambil peluang. Asal rapat jer mulai minta no. tel . tapi.. Si Dia yang berjaya mencuri hatiku tidak seperti itu. Dia umpama sebutir BINTANG yang jatuh ke riba ku. Bintang yang sangat BERSINAR bagi ku. Jika di suruh aku membuat perbandingan yang manakah bintang yang paling bersinar? Sudah tentu aku menjawab Si Dia. Si Dia yang telah menghiasi  langit malam. Kehadirannya di langit malam membuatkan malam ku semakin bersinar.

Perwatakkanya yang suka mengambil berat akan orang yg berada di sekelilingnya telah MENCAIRKAN lagi hati ini. Ditambah pula dengan kepetahannya bercakap seperti seorang pemimpin dan kecerdasannya telah MENAKLUKI  hati ini lagi. Mindanya penuh dengan info tentang isu-isu semasa, perihal duniawi serta tidak lupa juga hal ukhrawi . Sungguh keperibadiannya sangat ku kagumi.   Namun demikan, keperibadiannya TIDAK dapat menandingi keperibadian RASULULLAH SAW.

Mungkinkah hanya di mata ku sahaja, Dia bersikap seperti itu? Bagaimana pula sikapnya di luar? Jujur ku katakan.. aku tidak pernah bertentang mata dengannya. Hanya berhubung melalui laman sosial sahaja. Mungkin pada pemikiran anda, berhubung yang saya maksudkan adalah sering ber’chatting’ dengannya. ~~hahaha~~ ternyata meleset sekali tanggapan anda semua.. kami hanya berhubung memalui satu forum ini di laman sosial. Disitu kami bergerak aktif sebagai ahli former, disitulah segala-galanya bermula. Perbualan kami bukan hanya sembang kosong malah berbualan kami penuh dengan isu-isu semasa. Dari situlah mula terbitnya rasa ingin LEBIH DEKAT dengannya.

Namun setelah difikirkan dengan teliti, mulai timbul 1001 satu persoalan tentangnya. Adakah aku sahaja yang berperasaan sedemikian? Bagaimana dengannya pula? Mengapa dalam banyak-banyak lelaki yang ku kenal..hanya dia sahaja yang menarik perhatianku? Adakah dia jodoh ku? Apakah perasaan ini? Adakah ini semua hanya mimpi? Apakah tanggapannya terhadap aku? Mengapakah perlu timbul perasaan ini? Dan banyak lagi persoalan-persoalan lagi yang timbul , namun persoalan-persoalan tersebut berakhir TANPA ada kehadiran satu jawapan sekalipun.


Namun aku MENAHAN perasaan ini daripada singgah sebentar pada Si Dia. Kenapa aku perlu menahan perasaan ini? Sebabnya adalah, aku hanya ingin IMAMKU sahaja  yang merasai  perasaan ini. Hanya untuk IMAMKU sahaja yang dapat merasai cintaku. Bukan orang lain tapi IMAMKU. Kerana IMAMKU  adalah DUNIA dan AKHIRATku .  Kerana IMAMKU adalah yang paling BERHAK ke atas perasaan ini. Bukan orang lain. CUMA IMAMKU SAHAJA!!!

Andai di adalah IMAMKU, akan ku panjatkan lagi doaku kepada ALLAH SWT. 
                                                     

                                                                    Hanya ini doaku ~~

‘’Ya ALLAH, jika benar Dia adalah pemilik tulang rusuk ku maka Engkau percepatkanlah hubungan kami ini Ya ALLAH. Sesunguhnya aku sudah tidak sanggup untuk menanggung perasaan ini lagi. Aku mahukan hubungan yang BERSIH. Hubungan yang Engkau REDHAI. Hubungan yang HALAL. Dan hubungan yang KEKAL ABADI dan mempunyai MASA DEPAN. Tidak seperti ini. Perasaan ini sangat menyeksakan ku Ya ALLAH. Andai dia bukan IMAMKU maka Engkau hapuskanlah perasaan ini. Engkau buangkanlah perasaan ini jauh-jauh. Engkau bantulah ku dalam menagani perasaan ini. Perasaan cintaku hanya untuk SUAMIKU bukan untuk orang lain. “



No comments:

Post a Comment