Saturday 11 August 2012

22 ramadhanku....


Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh…

Bismillahjirrahmanirrahim…


Maaf kerana jadikan ruang ini sebagai tempat untuk ku luahkan perasaan. Sungguhku katakan ku sangat kecewa dan sedih dengan bangsaku sendiri. Bangsa sendiri telah mencalarkan nama bangsa sendiri. Islam sendiri telah mencalarkan nama islam itu sendiri. Iman,sabar dan takwa ku telah diuji hari ini, bahkan bukan setakat diri ini saja tetapi setiap mata2 yang memandang turut diuji. Baik kaum adam dan kaum hawa, masing2 diuji. Dan masing2 terseksa. 

Kaum adam terseksa dgn kaum hawa kerana masalah yg tidak asing lagi iaitu aurat. Perempuan pada hari ini umpama 'bertelanjang', memakai pakaian yang ketat, menampakkan bentuk badan, pakaian yg tidak cukup kain, pakaian yang seksi yang menampakkan buah dada. Situasi ini, jangan kata kaum adam jer yg terseksa bahkan kami kaum hawa juga teraeksa kerana malu dengan kaum hawa sendiri. Astagfirullah hal azim. 

Manakala kaum adam pula, kebanyakkan yg saya lihat td, bertindik di telinga, bercekak, berantai dan sikap yang tidak matang di tonjolkan. Astaghfirullah hal azim.. dan klimaksnya, td ku singgah sebentar di Ts dan Sungei Wang, masuk2 dalam Ts ku lihat ramai remaja islam melepak di kedai berhampiran 7 eleven. Mata ku menangkap sesuatu iaitu orang yg TAK PUASA. Dengan selambanya mereka minum di khalayak umum tanpa segan silu. Selepas itu, ku gerak pula ke Sungei Wang, mataku juga dapat menangkap sesuatu. ORANG YG TAK PUASA. Kali ni mereka beetindak dengan lebih berani iaitu dengan makan dan minum di khalayak umum tanpa segan silu, rasa bersalah dan malu pada org yg melihat. 

#Pesananku 

*Wahai kaum hawa, tutuplah aurat mu sebelum orang lain yang tolong menutupkannya. Kenapa perlu kamu tunjukkan auratmu kepada org lain? Apakah kamu tidak takut dengan azab Allah nanti di alam kubur dan akhirat nanti? Kalau nak pakai seksi2 boleh tapi pakailah di rumah yer ^_^


*Wahai kaum adam, sedarlah kamu bukan wanita yg memerlukan subang untuk dipakai, rantai untuk dikalungkan di leher dan cekak untuk dipakaikan di kepala. Anda ialah LELAKI, KAUM ADAM! Anda tak perlukan perhiasan ini semua untuk berlagak cool. Cukup dengan rambut yg kemas, akhlak yg baik, tutur kata yg sopan, agamanya dijaga dengan baik.. itu adalah COOL bg kami, kaum hawa. 


*Golongan yg tak puasa, sembunyilah kamu dimana2 sekalipun, kamu ingat orang lain tidak nampak padahal kamu lupa cctv yg maha hebat lagi iaitu ALLAH. Ceruk mana pun kamu sembunyi, malaikat kiri kanan kamu tetap catit amalan kamu dan Allah maha melihat segala2nya. Yg terang2an pula, kamu jangan fikir kamu lakukan secara terang2an, tiada orang yg mampu ambil tindakan. Sepandai2 tupai melompat akhirnya masuk ke dalam van Jenazah. Jangan ingat kamu lakukan secara terang2an kamu hebat tapi sebenarnya ada org yg telah laporkannya kepada pihak yang berkenaan. 

Akhir kata, sikap remaja kini harus dicorak dengan sebaik mungkin. Ini kerana remaja adalah pemangkin dan pemacu agama dan negara suatu hari nanti. Adakah sikap ini yang kita mahukan dalam diri seseorang itu dalam mentadbir negara suatu hari nanti?? Jika sikap ini masih belum dibaiki, binasalah negara dan agama suatu hari nanti. 

-sekadar luahan perasaan- 
Salam 23 ramadhan, semoga kedatangan 23 ramadhan ini membawa seribu satu rahmat kepada kita. Salam kedamaian. Assalamualaikum- ^_^

















No comments:

Post a Comment